Perjalanan kami dari Kuching ke Pontianak mengambil masa lebih kurang 8 jam. Urusan kami di Perbatasan Malaysia - Indonesia lebih kurang 2 jam. Urusan di Malaysia ialah isi borang permohonan bawa kenderaan ke luar negara, pergi ke kaunter KASTAM dan Imigresen untuk scan pasport. Manakala urusan di Indonesia ialah chop pasport, scan barang², permohonan bawa kenderaan dan insuran kereta, bayaran lebih kurang 800 000 rupiah/RM250. Kita akan diberi plat kereta KB (Kalimantan Barat) yang aktif selama 1 bulan. Kita akan isi beberapa borang semasa di PLBN Entikong. Borang ini dan plat kereta, akan diserahkan semula bila pulang dari Pontianak.
Ещё видео!