Dalam rangka memeriahkan Deklarasi #BPPKB_DPAC_KEMIRI #BPPKB_BANTEN Hadirkan Seni Debus
#PUSAKA_KARUHUN
Salam sejahtera dan selamat mengikuti Kursus Asas Pencak Silat Cimande, di Gelanggang Sunda Mekar. Seluruh ahli keluarga besar Pusaka Karuhun mengalu-alukan kehadiran tuan puan untuk sama-sama berjalan seiring memikul beban tanggung jawab melestarikan seni budaya peninggalan para karuhun khususnya dalam bidang seni pencak silat bangsa Nusantara.
Seni persilatan yang akan sama-sama kita pelajari dan warisi ini berasal dari Jawa Barat yang lebih masyhur dengan nama ALIRAN CIMANDE.
Cimande pada umumnya terkenal seantero dunia persilatan sejagat, khususnya di Nusantara, sebagai aliran pencak silat kuno yang sejarahnya jauh ke zaman pemerintahan kerajaan Siliwangi, Jawa Barat. Walaupun yang lebih terserlah adalah seni permainan pencak silatnya, namun Cimande adalah pada hakikatnya lebih membawa kepada penglestarian ilmu pembinaan jiwa luhur, membimbing dan membentuk para pengikutnya kepada mencari keredhoan Ilahi dengan memperbaik akhlak dan budi pekerti serta hubungan murni sesama insan dan Penciptanya.
PUSAKA KARUHUN adalah sebuah gerakan budaya yang berwawasan jauh untuk menjadi sebuah institusi pendidikan budaya khusus pencak silat, mengatur langkah untuk menjaga dan mengembangkan terus ajaran-ajaran Cimande melalui pembinaan, penjagaan dan penyebaran ilmu-ilmu tulus Cimande melalui jurus dan langkah persilatannya.
Adapun makna daripada Pusaka Karuhun beerti Warisan Peninggalan Para Arwah, yang bermaksudkan ilmu warisan Cimande itu sendiri. Inilah yang akan sama-sama kita perjuangkan dipersada seni tanah air khususnya dan Nusantara amnya dan tidak mustahil ke arena seni sejagat InsyaAllah.
Semoga Allah memberi petunjuk dan jalan mudah bagi kita mengharungi medan perjuangan seni ini, membuka hati dan fikiran agar mudah meraih setiap pelajaran yang ingin kita warisi dan kembangkan dijalan Allah. Hanya redho dan berkah Allah jua menjadi harapan dan cita-cita kita. Mudah-mudahan segala amal dan usaha kita mendapat doa restu para karuhun dengan berkah dan syufa'at junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Agar kita semua mendapat manfa'at dari ajaran pencak silat Cimande yang amat sederhana ini.
Akhir kalam, wabillahi taufiq wal hidayah, wasalammu'alaikum wr. wb. dan selamat belajar dan selamat berjuang mendirikan syi'ar Islam melalui persilatan. Amin....Amin....Amin....Yaa Rabbal' Alamin.
SEJARAH
Pusaka Karuhun telah ditubuhkan pada tanggal 1 Januari tahun 2000. Perasmian upacara itu diadakan telah di rumah Paman dan disaksikan oleh beberapa orang terdekat. Pihak saksi lalu menandatangani tandatangan mereka di sebalik keris kayu yang boleh terdapat di rumah Paman itu sendiri.
Pada tahun pertama selepas Pusaka Karuhun ditubuhkan, persiapan baginya untuk berkembang luas telah dijalankan. Dari segi pelajaran dan juga perwangan, asas-asas pendidikan telah disiapkan untuk anak buah Pusaka Karuhun untuk melaksanakannya. Para Santri yang pertama mula dilahirkan. Dengan pelajaran asas dan juga jurus-jurus asli Cimande, mereka sudah sedia untuk menjalankan tugas untuk menyebarkan Pusaka Karuhun.
Pada tahun kedua pula, Pusaka Karuhun mula menjalankan program-program dan projek mereka. Kelas Sunda Mekar Pertama telah dibuka. Kelas Sunda Mekar selama 6 bulan inilah yang akan melahirkan pesilat-pesilat dan para santri yang akan datang. Setelah selesainya ujian Sunda Mekar pertama, kelas Sunda Mekar kedua dan ketiga dijalankan di Gelanggang Hougang dan Gelanggang Tampines; dituruti juga dengan kelas baru seperti Pesantren dan Riadah mulai dibuka. Khemah Silat Pertama telah diadakan di Pantai Changi untuk pesilat-pesilat berehat dan beriadah.
Pada pertengahan tahun pula, program Ziarah Cimande 2001 untuk para Santri di jalankan. Mereka juga mengadakan Malam Keluarga Silat 2001 pada bulan seterusnya sempena malam graduasi penyampaian sijil. Kelas-kelas Sunda Mekar seterusnya dijalankan setiap 6 bulan di Gelanggang ketiga dan keempat di Hougang Point dan Masjid Kampong Siglap.
Pada akhir tahun, Pusaka Karuhun telah mengadakan perlawanan persahabatan silat olahraga dengan Warisan Pendita Suci. Perlawanan itu yang diadakan di Pasir South CC adalah untuk mengeratkan silaturrahmi antara dua perguruan tersebut. Keputusan perlawanan tersebut boleh didapati di sini.
MATLAMAT
Mewarisi, menjaga dan menyebarkan Pusaka Karuhun yang berupa Ilmu Ajaran Pencak Silat Aliran Cimande, sebagai melestarikan kewujudan Seni Budaya Bangsa tercinta
DASAR
Mendekati masyarakat melalui hubungan silaturahim kekeluargaan, menyampaikan pengetahuan seni budaya pencak silat Cimande kepada seisi keluarga dengan penanaman bibit seni kepada anak-anak, ilmu pelajaran kepada pemuda pemudi dan rasa tanggung jawab kepala keluarga terhadap penglestarian Pusaka Karuhun.
Ещё видео!