Hai semua, di video kali ini saya akan kongsi perjalanan pertama kami menaiki keretapi konvesional yang masih menggunakan lokomotif diesel merentasi 4 buah negeri di semenanjung Malaysia. Keretapi antarabandar atau dikenali sebagai KTM Intercity Ekspress Rakyat Timuran ini menghubungkan laluan antara Kempas Baru, Johor hingga ke Tumpat, Kelantan.
Laluan ini juga akan merentasi beberapa bandar dan pekan di sekitar Negeri Sembilan dan juga Pahang. Perjalanan keretapi yang menyelusuri hutan hujan tropika, bukit bukau, sungai dan perkampungan ini sangat dikenali sebagai Jungle Railyway oleh pelancong luar negara. Selain dengan nama tersebut , keretapi ini juga dikenali dengan nama "Sleeper Train" kerana mempunyai beberapa gerabak berkatil. Walaubagaimana pun pada waktu video ini di rakam, hanya satu trip sahaja sehari bagi setiap arah perjalanan. Jom ikut jelajah kami bagi pengembaraan must try once in a lifetime.
Misi kami kali ini adalah ke Dabong dan permulaan perjalanan adalah di stesen Gemas.
Bagi pembelian tiket kami beli di aplikasi mobil,KITS dengan menggunakan voucher code CUTIKERETAPI. Pastikan anda mengikuti facebook rasmi KTM Berhad atau webpage mereka bagi mendapatkan promosi2 tiket semasa. Saya juga ada share harga tiket keretapi perjalanan dari Gemas ke Dabong sebelum diskaun sebagai rujukan . Harga mungkin bertukar dari masa ke semasa.
Memandangkan trip ini adalah last minute plan, jadi hanya first class seat sahaja yang tinggal. Pastikan anda booking awal jika mahu merasai sleeper coach ya. Ha, lagi satu dalam tren ni lampu memang tak ditutup dan aircond sangat sangat sejuk. Sila lah bawa penutup mata, stokin, selimut atau baju tebal. Jangan lupa bawa stok makanan yang mencukupi. Selamat menonton.
Full Episod Dabong
********************
Part 1: [ Ссылка ]
Part 2: [ Ссылка ]
Part3: [ Ссылка ]
Part 4: [ Ссылка ]
#ktm
#ktmintercity
#jungletrain
#sleepertrain
Ещё видео!