Resepi Sayur pak choy goreng sos tiram | oyster sauce pak choy
Sayur-sayuran adalah salah satu komponen penting dalam gizi pemakanan seharian. Jadi pastikan ia menjadi salah satu hidangan dalam makanan seharian kita. Selain sumber serat yang tinggi, sayur-sayuran juga mempunyai pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.
Salah satu masakan sayur yang sedap dan mudah adalah sayur pak choy. Masa pula dengan cara masakan cina atau chinese style. Memang sedap, mudah dan cepat. Sayur pak choy ini juga mudah didapati. Jadi boleh saja dibeli di pasar-pasar, kedai aceh, pasaraya dan halal mart. Moh kite beli pak choy. Guna bok choy pun boleh juga.
Resepi ini adalah masakan pak choy menggunakan sos tiram. Resepi dan bahan-bahannya tidak banyak tetapi tetap sedap. Moh kite masak!
Bahan-bahan
Sedikit sayur pak choy
5 ulas bawang putih,
1 biji cili merah
3 sudu sos tiram
1/2 cawan air
1 kiub ikan bilis
Sedikit minyak masak/ zaitun
Boleh dibuat juadah atau makanan atau masakan atau lauk untuk berbuka puasa (iftar) dan bersahur Ramadhan ini.
Ещё видео!