Persoalannya bagaimana cara pembajaan pokok dalam polibag? Video ini akan menunjukkan 3 cara pembajaan pokok didalam polibag. Sebenarnya pembajaan pokok di dalam polibeg adalah perlu. Tidak perlu banyak tetapi kekerapan diutamakan berbanding pokok di lapangan.
Kita harus berhati-hati ketika membaja. Walau terlebih hanya sedikit, terutama baja sebatian yg tinggi nilai NPK, tiba-tiba daun nampak terbakar. Puncanya baja akan terkumpul didalam polibeg/ diserap oleh akar secara berlebihan dan nutrien berkumpul di hujung daun menyebabkan ia terbakar di 'periphery' bermula dari hujung daun. Jalan paling selamat ialah menggunakan baja semi-organik ataupun baja organik sepenuhnya. Namun baja NPK seperti 15 15 15 atau 16 16 16 jika digunakan secara betul akan merancang pertumbuhan pokok yang lebih mantap.
Baja cecair atau foliar juga boleh digunakan seminggu sekali ketika pokok-pokok di dalam polibeg. Batang, dahan dan daun menyerap nutrien secara 'direct' dan ia lebih pantas dan berkesan.
Semua video tentang durian dan penanaman durian boleh ditonton di link di bawah:
[ Ссылка ]
Maklumat asas:
Setakat ini di kebun saya ada 13 Varieti Durian:
1 - D200 - Duri Hitam, Ochee, Black Thorn
2 - D198 - Golden Phoenix, Kim Hong
3 - D197 - Musang King, Raja Kunyit
4 - D175 - Udang Merah, Ang Hay
5 - D159 - Monthong, Bantal Mas
6 - D101 - Bangkok T16
7 - D99 - Kop Kecil
8 - MDUR 88 (D190)
9 - D24 - Sultan
10 - D145 - Beserah
11 - Telur Buaya (mungkin D167, tiada kepastian lagi)
12 - Tupai King D226 / D214?
13 - Tekka
Terima kasih dari TAC🌹🌹🌹
Ещё видео!