Ketua ARMADA BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan kes mahkamah dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sama seperti pertuduhan skandal kewangan terbesar dunia seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, pertuduhan ke atas Muhyiddin itu jelas bersifat pendakwaan terpilih yang dimotivasikan ketakutan melampau terhadap pengaruh BERSATU dalam politik Melayu.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua ARMADA BERSATU sempena Perhimpunan Agung Tahunan Keempat sayap parti itu di Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Yang turut hadir, Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin; Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris dan Naib Ketua Srikandi merangkap Timbalan Ketua BERSATU Melaka, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
-------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di [ Ссылка ]
▪️ Telegram [ Ссылка ]
▪️ FB [ Ссылка ]
▪️ Twitter [ Ссылка ]
▪️ Instagram [ Ссылка ]
▪️ TikTok [ Ссылка ]
Ещё видео!