Kombinasi yang sempurna dengan rasa coklat dan cheese 🎂🍫🧀.
.
Kek Batik Indulgence Cadbury tanpa telur & tak perlu bakar.
Bahan²
Lapisan Kek Batik (base)
300g biskut marie
250g butter
1/4 cawan serbuk koko (25g)
1 cawan Milo (110g)
3/4 cawan susu pekat (190ml)
1/4 cawan susu cair
Lapisan Cream Cheese
250 g cream cheese
150ml whipping cream
1 sudu besar gelatin(12g) + 1/4 cawan air panas (50ml)
1 sudu besar gula ising
1 sudu teh esen vanila
Lapisan Coklat
250g dark compound coins (beryls)
50g coklat susu cadbury
150ml whipping cream
2 sudu besar nutella/ mentega kacang
1 sudu butter
Cara²
Lapisan kek batik (base)
1. Patahkan biskut Marie kepada 4 bahagian.
2. Cairkan butter dalam pan, tutup api.
3. Masukkan serbuk koko, kacau, milo kacau, susu cair & susu pekat.
4. Kacau hingga tidak berketul & pekat guna api perlahan. Tutup api, biarkan 10 minit.
5. Masukkan biskut Marie, gaul sebati hingga adunan salut keseluruhan biskut .
6. Sapukan mentega pada loyang dan alaskan dengan parchment paper.
7. Tuang adunan biskut ke dalam loyang, ratakan dan tekan² supaya padat. Sejukkan dalam peti.
Lapisan krim keju (2nd layer)
1. Tuang air panas dalam mangkuk kecil dan masukkan serbuk gelatin, kacau hingga gelatin larut, ketepikan.
2. Masukkan krim keju bersama gula dalam bekas pemutar, putar hingga lembut.
3. Masukkan krim putar tenusu & esen vanila putar hingga kembang.
4. Akhir sekali masukan cecair gelatin ke dalam adunan, putar seketika.
5. Keluarkan kek batik dan tuang adunan krim keju ke atas kek.
6. Ratakan dan hentakkan supaya lapisan cheese padat & gelombang udara tidak terperangkap, sejukkan dalam peti sekurangnya 4 jam.
Lapisan Coklat Ganache (3rd layer)
1. Panaskan krim putar tenusu sehingga sedikit mendidih.
2. Masuk butter (supaya lapisan ganache berkilat).
3. Coklat dark compound, coklat cadbury & nutella masuk dalam mangkuk.
4. Tuang krim putar tenusu yg telah panas tadi ke dalam mangkuk berisi coklat, kacau sebati hingga cair dan larut, tapis dan sejukkan 10 minit.
5. Keluarkan kek dari peti dan tuang coklat ganache diatas krim indulgence.
6. Simpan dalam peti semalaman.
7. Hiaskan kek dengan coklat cadbury & lain² mengikut kreativiti.
Selamat mencuba!!!
Tips memotong kek batik
.
1. Untuk potong kek, angkat kek tarik keluar pelapik parchment paper & letak diatas papan kek.
2. Kemaskan sekeliling kek ; celup pisau dalam air panas, lap & potong sekeliling kek.
3. Potongan kek ; celup pisau kedalam air panas lap pisau & potong sekali, ulangi langkah ini setiap kali potong kek hingga habis potongan.
Tips Coklat ganache
3 kaedah Double Boil untuk
.
1. Panaskan whipping cream dalam pan diatas api, sedikit mendidih, tuang ke dalam milk/dark compound dan kacau hingga sebati bersama butter.
2. Masukkan milk/dark compound, whipping cream dan butter ke dalam microwave. Apabila panas, coklat mencair, keluarkan & kacau hingga sebati.
3. Ambil air panas semangkuk. Dalam mangkuk lain letakkan whipping cream, milk/dark compound dan butter ke dalam mangkuk yang lebih besar. Letak mangkuk coklat diatas mangkuk air panas, kacau sehingga coklat cair (guna mangkuk tahan panas).
.
Tips Gelatin
.
Guna kaedah double boil atau boleh panaskan dalam microwave bersama air.
.
Tips loyang
1. Guna Loyang foam/ loose pan petak 8" dilapik dengan parchment paper.
2. Jika guna loyang spring form bulat, sekeliling tak perlu guna parchment paper, hanya kemaskan sekeliling dengan scrapper atau spatula sahaja.
.
Tips keluarkan kek dari loyang
.
1. Ambil bekas kecil (gelas) letak bawah loyang. Tolak loyang foam ke bawah.
2. Untuk keluarkan kertas baking dari base kek. Tarik perlahan² baking paper ke bawah, sambil kek di letak diatas bekas lain. Suapkan board kek dekat dengan kek. Tolak kek perlahan² keatas loyang sambil tarik baking paper hingga kek ditolak sepenuhnya diatas board.
.
Info Ekstra!
.
Kek batik ganache jika dibiarkan lama diluar ganache mudah cair, masukkan semula dalam peti, supaya dapat dikeraskan semula.
Ещё видео!