Resepi Pisang Goreng Rangup
Resepi Pisang Goreng Rangup selalunya kita beli sahaja di kedai, apa kata kali ini kita buatkan lagi pun caranya sangat mudah.
Bahan-bahan:
• 2 cawan tepung beras
• 2 cawan tepung gandum
• 5 sudu besar santan (santan kotak)
• 1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal)
• 1/2 sudu besar garam
• 1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
• 1 biji telur
• Air secukupnya
• 2 sudu besar marjerin (dipanaskan hingga cair dan disejukkan)
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat, adun guna tangan bukan sudu.
3. Masukkan marjerin cair juga gaul dengan tangan.
4. Celup pisang dan goreng dalam minyak yang panas.
5. Adunan ini sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, keledek, cempedak, roti, tempe dan lain-lain.
Facebook Groups: [ Ссылка ]
Ещё видео!