Al Quran yang selalu dibaca oleh pemiliknya di Kampung Temau Raub Pahang terkejut kerana masih elok selepas banjir besar yang berlaku pada 3 Januari 2021 baru-baru ini. Pada awal pagi selepas solat subuh seperti biasa rutin pemiliknya membaca naskhah al Quran tersebut dan setelah selesai ditinggalkan di atas sofa di rumahnya. Pada hari tersebut telah berlakunya banjir besar yang begitu cepat hingga hampir menenggelamkan rumahnya. Sewaktu pulang semula ke rumah selepas banjir beliau mendapati al Quran miliknya selamat dan boleh digunakan semula seperti tidak berlaku apa2 melainkan pada kulit al Quran itu sahaja yang terkena tanah akibat banjir tersebut. Semua itu kuasa Allah dan berbagai kemungkinan yang berlaku di masa itu. #banjirbesar2021 #Pahang #malaysia # alquran #kuasaallah #syukur
Ещё видео!