Assalamualaikum hai semua. Resepi yang saya kongsikan kali ni adalah resepi kuih koci daripada mak saya. Resepi ni adalah resepi yang mak saya gunakan untuk buat jualannya hari-hari. Dia sangat berbesar hati untuk kongsikan resepi ni kepada semua. Dalam resepi ni, saya buat inti kelapa manis yang agak banyak sebab inti ni boleh di simpan lama (simpan dalam peti ais). Jadi, bila nak buat kuih lain, dah senang dah sebab tak perlu buat inti kelapa lagi. Kalau nak buat sikit untuk adunan ni saja, cukup sekadar guna 1 cawan kelapa parut sahaja. Santan juga boleh disimpan beberapa hari di dalam peti ais kalau nak buat kuih koci ni lagi. Pastikan beras pulut hitam dikisar betul-betul halus supaya kuih koci tak terasa berbiji-biji. Daun pisang perlu dilayur di atas api sebelum digunakan supaya daun menjadi lembut dan mudah untuk membungkus kuih koci. Potong sedikit melengkung dihujung daun pisang untuk memudahkan pembungkusan kuih ni. Pastikan kuih koci dibungkus semasa panas supaya daun pisang menjadi sedikit layu dan memberikan aroma kepada kuih koci. 1 adunan ni boleh dapat lebih kurang 22 biji kuih bergantung pada saiz yang kita buat. Selamat mencuba! 🥰
Bahan-Bahan
3 cawan Kelapa Parut
150 gram Gula Kabong @ Gula Melaka
¼ cawan Gula
½ sudu kecil Garam
1 cawan Air
½ sudu besar Tepung Gandum
2 cawan Santan Pekat
½ sudu kecil Garam (atau secukupnya)
1 sudu besar Tepung Gandum
2 cawan Tepung Pulut
½ cawan Beras Pulut Hitam (kisar halus)
2 sudu besar Tepung Gandum
1 cawan Air
Daun Pisang
[English]
Ingredients
3 cup Shredded Coconut
150 gram Kabong Sugar @ Palm Sugar
¼ cup Sugar
½ teaspoon Salt
1 cup Water
½ tablespoon Wheat Flour
2 cup Thick Coconut
½ teaspoon Salt (as needed)
1 tablespoon Wheat Flour
2 cup Glutinous Rice Flour
½ cup Black Glutinous Rice (finely grinded)
2 tablespoon Wheat Flour
1 cup Water
Banana Leaves
#buatoranglapo
Join this channel to get access to perks:
[ Ссылка ]
Dapatkan Pes Kari Serbaguna by Buat Orang Lapo di Shopee [ Ссылка ]
Ещё видео!