10 jalan tutup, lima SJR di Klang..
[ Ссылка ]
Klang: Polis menutup jalan di 10 lokasi dan melaksana lima sekatan jalan raya (SJR) di Mukim Klang susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa hari ini sehingga 23 Oktober. Ia membabitkan Klang Selatan dan Klang Utara itu dengan pelaksanaan bermula tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tiga SJR dan tujuh penutupan jalan di kawasan Bukit Tinggi dan Taman Sri Andalas, antaranya, Persiaran Pegaga (berhadapan Restoran Subaidah) dan Jalan Kim Chuan (berhadapan 99 Speedmart), Jalan Batu Unjur 9 dan Jalan Tun Dr Ismail. "Jalan yang ditutup di hadapan Masjid Ar Rahimiah, Jalan Sri Siantan, Jalan Sri Siantan 41 dan Jalan Sri Damak 53," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau meminta penduduk di kawasan terbabit untuk mendapatkan surat kebenaran polis untuk keluar masuk ke kawasan Bukit Tinggi. "Tiada keperluan untuk mendapatkan surat kebenaran atau permit khas untuk pergerakan di kawasan lain setakat ...
Ещё видео!