Merujuk kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang
telah melancarkan OP CEGAH PATI (OCP) di tiga daerah di kawasan Pantai Timur Sabah meliputi Semporna, Kunak dan Lahad Datu bagi mengekang penularan COVID-19 oleh
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), pelaksanaan operasi berkenaan terus diperkukuhkan dengan OP BENTENG di bawah koordinasi National Task Force
yang diterajui oleh ATM sebagai agensi peneraju.
Koordinasi bersepadu ini melibatkan 19 agensi keselamatan dan penguatkuasaan
yang lain termasuk agensi utama iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Bermula fasa pertama pelaksanaan OCP di Pantai Timur Sabah pada 18 September
lalu bagi mengukuhkan OCP sedia ada di bahagian utara dan selatan Sabah, NTF melalui OP BENTENG telah melaksanakan inisiatif memperkukuhkan kawalan dan rondaan maritim meliputi pelaksanaan Inisiatif Bertanya Khabar (IBK), pemeriksaan bot-bot dan
penggeledahan yang dilaksanakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), APMM serta Pasukan Polis Marin. Kawalan dan rondaan maritim ini dilaksanakan di sepanjang perairan Pantai Timur Sabah merangkumi kawasan tumpuan dari Sandakan hingga Tawau.
Aspek kawalan keselamatan terutama di pesisir dan pulau-pulau di Pantai Timur
Sabah juga turut diperkasakan melalui rondaan dan kawalan keselamatan yang
dilaksanakan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
Manakala, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) turut bersama memperkukuhkan penguatkuasaan keselamatan di pintu-pintu sempadan Negara terutama di Pantai Timur Sabah.
Ещё видео!