Bekalan air di 811 kawasan pulih sepenuhnya pada petang Ahad..
[ Ссылка ]
SETAKAT pukul 6.30 petang Ahad, bekalan air di 811 kawasan atau 62.7 peratus sekitar Lembah Klang yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual, dilaporkan telah pulih sepenuhnya. Menurut Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri, baki 481 kawasan masih dalam proses pemulihan. Beliau berkata Wilayah Kuala Selangor mencatat peratusan pemulihan paling tinggi iaitu 99.2 peratus, diikuti Hulu Selangor (94.1 peratus); Gombak (66.4 peratus); Petaling (66.1 peratus); Kuala Langat (50 peratus); Kuala Lumpur (41.3 peratus); dan Klang/Shah Alam (24.2 peratus). "Pengguna dinasihat supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor. "Air Selangor juga memberi jaminan bahawa kualiti bekalan air yang diagihkan kepada pengguna adalah selamat dan menepati piawaian Kementerian Kesihatan," katanya d ...
Ещё видео!