Restoran Sururi mula berniaga sup daging sejak dari 1986 lagi. Tempat ni memang terkenal. Buktinya, setiap hari, akan ada barisan yang beratur untuk dapatkan sup daging disini.
Tempatnya sangat strategik, di Jalan Tun Razak. Berdekatan dengan Masjid Alam Shah. Pengunjung terdiri dari pekerja-pekerja di pejabat berdekatan. Biasanya, waktu rehat tengahari, orang dah start beratur.
Selain sup daging, kat sini juga ada nasi campur. Lauk yang paling laku keras ialah, patin tempoyak, dan keli sambal. Memang ngam dengan semangkuk sup daging.
Yang nak datang, kalau taknak beratur, dinasihatkan untuk datang awal. Tempat makan disini boleh tahan luas, tapi parking kereta sangat terhad. Boleh datang dengan Grab atau motor sahaja.
Kalau pejabat dekat Jalan Tun Razak, boleh saja gunakan servis penghantaran. Boleh hubungi nombor di akhir video.
Restoran Sururi
Wisma Masjid Alam Shah
Jalan Tun Razak, Pudu, 55100 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin sampai Jumaat. 9am-6pm
Nombor untuk dihubungi:
Hj Sururi : 019 215 0995
Bey : 017 355 0342
Pn Suhaili : 019 254 1385
Deeya : 013 245 9845
Facebook : Ajimo Channel
Instagram : Ajimo Channel
Rempah Mak Siti boleh dapatkan di sini : [ Ссылка ]
Kamera yang digunakan dalam video ni : [ Ссылка ]
Ещё видео!