Hai semua, jadi kali ni cek yah tunjukkan cara-cara untuk buat ibu sambal menggunakan bahan-bahan yang mudah.
Pelbagai kegunaan ibu sambal ni, contoh masakan yang gunakan ibu sambal ni seperti sambal ayam, sambal udang, sambal telur, mee goreng, koteow goreng, nasi goreng dan lain-lain lagi. Cuma cedukkan ibu sambal ikut kuantiti yang kita perlukan dan mula memasak hidangan pilihan kita.
Penyediaan ibu sambal ni memudahkan proses memasak. Macam cek yah mula-mula belajar memasak dulu ketika belasan tahun cek yah menggunakan ibu sambal yang siap sedia mak cek yah simpan dalam peti ais, jadi dari situ cek yah belajar dan rasa memasak ni sangatlah mudah.
Jadi jom tengok macamana penyediaan ibu sambal cara cek yah ni.
Ещё видео!