Kali ni Che Nom nak share resepi kek yang viral iaitu kek coklat moist bikin ketagih.
Kek ni sebenarnya kek coklat moist yang dikukus atau dibakar, dan kita hias dengan lapisan coklat ganache di atasnya. Cuma versi viral ni kek dibakar dalam Loyang petak besar, dan kita potong kecil sebelum hias dengan coklat flakes. Simple tapi menarik.
Video ni ada beberapa bahagian penting iaitu penerangan bahan-bahan, penyediaan adunan basah dan kering, serta cara lengkap untuk hasilkan kek coklat versi kukus dan cara sediakan ganache yang betul..jangan skip ye kalau anda baru nk belajar.
Hasilnya kek coklat yang lembab dgn gabungan coklat ganache yang silky smooth memang cukup sedap, cukup premium rasanya. Boleh buat berniaga.
//Bahasa Melayu
-----------------------
Bahan A:
1 tin / 390g susu cair
1 cwn / 150g coklat gelap
Bahan B:
1/2 cwn / 50g serbuk koko
1 1/2 cwn / 195g tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk serbuk penaik
1/4 sk garam
Bahan C:
4 biji telur saiz B
1 cwn / 200g gula kastor
1 sk esen vanila
1/2 cwn / 119ml susu pekat
2 sb air kopi (pilihan)
2/3 cwn / 158 ml minyak sayuran
Bahan-bahan coklat ganache:
350g coklat gelap
320ml krim putar tenusu
1 sb mentega
Coklat flakes, untuk hiasan
Kukus anggaran 45-60 minit
Bakar 170°C, angaran 60 minit
//English
----------------------
Ingredients A:
1 can / 390g evaporated milk
1 cup / 150g dark chocolate
Ingredients B:
1/2 cup / 50g cocoa powder
1 1/2 cups / 195g plain flour
1 tsp baking soda
1 tsp baking powder
1/4 tsp salt
Ingredients C:
4 eggs size B
1 cup / 200g castor sugar
1 tsp vanilla essence
1/2 cup / 119ml condensed milk
2 tbsp brewed coffee (optional)
2/3 cup / 158 ml vegetable oil
Chocolate ganache ingredients:
350g dark chocolate
320ml dairy whipped cream
1 tbsp butter
Chocolate flakes, for decoration
Steam approximately 50-60 minutes
Bake at 170°C, approximately 60 minutes
Instagram: [ Ссылка ]
Twitter: [ Ссылка ]
Facebook: [ Ссылка ]
Jenama Kuali : [ Ссылка ]
Jenama Pisau: [ Ссылка ]
Model Blender: [ Ссылка ]
#resepichenom
Ещё видео!