Pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 di Parlimen bukan untuk menindas 15 juta pekerja di negara ini, sebaliknya ia bertujuan menambahkan persatuan dan keahlian, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali 2022 di Arena Merdeka, di Tapah, pada Selasa.
Beliau mengulas kenyataan Gabungan Menentang Kepelbagaian Kesatuan Sekerja (CAMU) yang mendakwa pindaan akta itu membelot 15 juta pekerja.
Saravanan berkata, keputusan bukan hanya dibuat oleh beliau seorang sebaliknya dipersetujui oleh seluruh 220 Ahli Parlimen.
Katanya, pindaan akta adalah satu usaha baik dan selari budaya antarabangsa yang dikenali melalui ILO (International Labour Organization).
-----------------------
#BH #BHTV
www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian :: www.linkedin.com/company/beritaharian :: www.tiktok.com/@bharianmy
Ещё видео!