Bahan A
3 senduk tepung pulut
1 senduk tepung gandum
Air jus pandan yang telah ditapis (3-5 daun pandan)
Sedikit kapur makan (bancuh)
1 cawan air
Bahan B
2 kotak kecil santan pekat
2 cawan air kosong
1 sudu gula pasir
1 sudu kecil halba
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Bancuhkan air pandan dan sedikit kapur makan
2. Tuangkan ke dalam campuran tepung gandum dan tepung pulut sedikit demi sedikit sambil digaul rata dan sebati sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
3. Gentelkan adunan menjadi doh bujur yang kecil.
4. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan doh yang sudah siap digentel tadi.
Apabila doh timbul, cedokkan dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air.
5. Masukkan semua bahan B ke dalam periuk, masakkan sambil mengacau bagi mengelakkan pecah minyak sehingga mendidih.
6. Masukkan doh yang sudah dimasak ke dalam kuah santan dan tutup api. Kacau rata. Hidangkan.
Ещё видео!