Cara terbaik adalah melembutkan hati-hati mereka adalah dengan ayat-ayat al-Quran dan zikir serta berdoa semoga Allah SWT. melembutkan hati-hati mereka yang keras itu.
Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar al-Khattab r.a, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di sini doa pelembut hati menggunakan bacaan Al-Quran. Video bacaan ayat pelembut hati ini dari surah Ta Ha ayat 1 - 5, bacaan diulangkali sebanyak 21 kali untuk tujuan terapi lembutkan hati suami, isteri atau anak.
Cara menggunakan ayat pelembut hati:
1. Perdengarkan video di atas berulang kali (jadikan terapi).
2. Dibaca dan dihafaz (sebaik-baiknya) - cara menghafaz dengar ayat di atas berulang kali ikut baca perlahan-lahan, insyaAllah secara automatik akan hafaz dengan sendirinya.
3. Baca ayat di atas kemudian tiupkan ke air.
Ayat di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan hati untuk diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca ayat ini, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
Semoga bermanfaat untuk kita semua.
#ayatpelembuthati
#doalembuthati
#caralembuthati
#bacaanlembuthati
#ayatlembuthatisuami
#ayatlembuthariisteri
#ayatlembuthatianak
#terapipelembuthati
Ещё видео!