Nak buat Serimuka Pandan tapi sering tak menjadi? Jom mama aniz tunjukkan cara yang mudah membuatnya.Cuma ikut saja resipi dan video yang ditunjukkan, InsyaAllah berjaya.Untuk resipi sila tekan "show more".(jika guna komputer).Guna hphone klik pada video.
Talam Serimuka Pandan
Bahan A: Bawah
500 gm beras pulut, direndam 2 jam
200 gm santan pekat
200 gm air
1/2 sudu teh garam halus
Bahan B: Lapisan Atas
100 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
3 biji telur gred B
200 gm gula pasir
200 gm santan pekat
200 gm air
150 gm jus pandan (kisar 3 helai daun pandan)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh pewarna hijau
Cara Membuat:
Bahagian Bawah :
1. Griskan loyang 10x10 inci dan lapik plastik bersaiz 14 x14 inci.
2. Toskan pulut yang telah direndam tadi.Masukkan dalam loyang bulat 10 inci.
3. Tuangkan santan dan garam. Gaul sebati.
4. Kukus 20 minit hingga masak.
5. Pindahkan ke loyang 4 segi.Tekan pulut hingga padat.
6. Taburkan sedikit tepung gandum supaya adunan atas tidak meresap dalam pulut.
Bahagian Atas :
1. Satukan semua bahan atas.Letak pewarna hijau dan gaul sebati.
2. Tapiskan dalam periuk dan masak hingga naik wap dan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan pulut. Ratakan.
4. Kukus 30 minit hingga masak.
5. Sejukkan kuih sekurangnya 3 jam sebelum dipotong.
#talam #talamserimukapandan
Sila follow saya disini:
[ Ссылка ]
[ Ссылка ]
Ещё видео!