KUALA LUMPUR, 6 Jun -- Pergerakan Pemuda UMNO hari ini meminta Khairy Jamaluddin, menawarkan diri mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandangnya sekarang pada pemilihan UMNO akan datang.
Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata, memandangkan tidak ada lagi pencalonan di peringkat bahagian untuk satu-satu calon melayakkan diri untuk bertanding, jadi Pemuda merayu agar Khairy mengisi borang pencalonan sebagai calon Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan akan datang dan Pemuda UMNO telah sepakat untuk membantu beliau untuk menjadi Ketua Pemuda dalam pemilihan nanti.
"Kita tidak boleh membuat ketetapan untuk orang lain untuk menawarkan diri tetapi kita telah melalui proses kepimpinan bersama selama hampir lima tahun dan kita dapati bahawa perjalanan pilihan raya ini telah disumbangkan oleh Pemuda di bawah kepimpinan beliau.
"Kalau kita perasan tidak banyak isu calon yang merajuk, dari segi sabotaj parti di kalangan Pemuda dan sebab itu kita rasa perlu untuk kita kekalkan mandat baru kepada saudara Khairy memandangkan beliau juga akan menjalankan tugas-tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan yang menjurus kepada orang muda dalam kerajaan.
"Saya harap di peringkat akar umbi tanpa kita menyekat semangat demokrasi dalam parti, kita hanya ingin berkongsi pandangan dan pengalaman kita bersama dan kita rasa Khairy sesuai untuk mengisi jawatan tersebut, malah usianya juga masih muda untuk menjayakan agenda kita untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14," ujarnya pada sidang media selepas mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Dato Onn di sini, hari ini.
Tambahnya, Pemuda tidak boleh menyekat mana-mana ahli untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda, tetapi kepimpinan tertinggi Pemuda UMNO telah bersama selama lima tahun ini, telah menilai dan hasilnya ialah pada PRU13 lalu.
".....Tetapi kalau ada lain yang nak lawan, mereka boleh isi borang, lawanlah.... tetapi pada kita, atas semangat kita selepas PRU ini, kita ada banyak kerja dari perkara tersebut. Apapun terjadi, kita tidak mahu perpecahan yang terlalu panjang," tambahnya lagi. -MediaUMNO
Lagi [ Ссылка ]
Ещё видео!