Agama merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan manusia secara individu mahupun dalam sebuah masyarakat. Kepelbagaian agama di seluruh dunia berjalan seiring dengan pluraliti budaya yang bervariasi. Isu kemunculan agama telah menjadi subjek perbincangan dan kajian dalam kalangan saintis, ahli akademik dan pemikir sepanjang sejarah. Penyelidik agama, ahli antropologi, ahli sosiologi, dan ahli falsafah agama telah mengkaji secara intensif asal-usul, perkembangan, dan kesan agama dalam pelbagai konteks. Oleh itu, kursus ini akan menerangkan tentang konsep dan kedudukan agama dalam kehidupan masyarakat sama ada pada perspektif individu mahupun kelompok. Perbincangan kursus Agama dan Masyarakat ini juga merangkumi teori-teori agama dari perspektif antropologi dan sosiologi, peranan agama dalam masyarakat dari dari pelbagai segi seperti politik, sistem kelas, gender, serta melihat elemen agama sebagai fenomena kelompok,dan kaitannya dengan organisasi sosial, perubahan sosial, modernisasi dan teknologi semasa.
Find out more about this course at : [ Ссылка ]
Ещё видео!