Pengkalan Kubor ialah sebuah Bandar Sempadan dan Daerah di dalam Jajahan Tumpat . Terletak di Utara Negeri Kelantan Bersempadan dengan Negara Thailand Tak Bai, Narathiwat sebelah barat dan utara (Kuala Tabal).
'Pengkalan' bermaksud tempat kapal ,sampan , bot , feri atau tongkang berlabuh dan memunggah barang dan penumpang. 'Kubor' ialah tempat orang mati ditanam. Menurut cerita penduduk setempat , Pengkalan ini pernah mempunyai banyak kubor orang Melayu satu ketika dahulu. Daerah Pengkalan Kubor meliputi lapan mukim Penghulu iaitu Mukim Tanjong [12 buah kampung], Mukim Ketil [2 buah kampung], Mukim Tebing [6 buah kampung], Mukim Geting [12 buah kampung], Mukim Simpangan [ 5 buah kampung], Mukim Bendang Pak Yong [13 buah kampung] , Mukim Jubakar Darat [ 2 buah kampung] dan Mukim Jejulok[ 2 buah kampung]. Daerah Pengkalan Kubor yang bersempadan dengan Negara Thailand ialah sepanjang 14 KM bermula dari Kuala Tabal hingga ke Kg. Kuala Jambu, Tumpat ( sepanjang Jalan KASBAN) .
Keluasan Daerah Pengkalan Kubor ialah 29.6 km persegi dengan jumlah penduduk lebih kurang 30,000.00 orang.Penduduk di dalam Daerah Pengkalan Kubor ini terdiri daripada orang Melayu (90% ), orang siam (8%) dan orang cina serta India (2%) Terdapat Pejabat Kerajaan ( Pusat Pentadbiran Daerah ) yang diketuai oleh seorang penjawat awam yang dikenali sebagai ' Penggawa ' [ Penghulu bagi istilah di luar daripada Negeri Kelantan] dan dibantu oleh seorang Pembantu Penggawa dan Penghulu-Penghulu Mukim, Pejabat Penggawa Daerah Pengkalan Kubor terletak di Chabang Tiga Geting, Geting, Tumpat . Di peringkat ini hanya terdapat beberapa jabatan dan perbadanan awam yang mempunyai cawangan masing-masing. Peranan utama seorang Penggawa ialah untuk membantu Pejabat Tanah dan Jajahan serta agensi-agensi kerajaan lain menjalankan program dan projek pembangunan serta menyelaraskan kegiatan-kegiatan kampung-kampung dibawah jagaannya. Penggawa dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri berdasarkan kepada kewibawaan, kebolehan dan kelayakan akademik .
Terdapat lima (5) buah masjid mukim dan sub-mukim dalam daerah Pengkalan Kubor iaitu Masjid Mukim Ketil ( Masjid Al-Huda), Masjid Mukim Geting ( As-Somadi), Masjid Mukim Simpangan, Masjid Mukim Bendang Pak Yong dan Masjid Sub-Mukim Kubang Sawa. Wat Siam bagi orang beragama Buddha juga terletak dalam Daerah ini iaitu masing-masing satu (1) di Kg. Jubakar Darat ( Wat Phikul Yai) dan satu (1) di Kg. Mentua ( Wat Siklaloy).Juga terdapat tiga (3) buah Balai Polis iaitu Balai Polis Pengkalan Kubor, Balai Polis Simpangan dan Balai Polis Kuala Jambu. Lima (5) buah sekolah rendah juga terdapat dalam daerah ini, sebuah sekolah menengah dan sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Terdapat tempat-tempat menarik dalam Daerah Pengkalan Kubor ini iaitu Infogaleri Tengku Anis Sg. Golok yang terletak di muara Sg. Golok ( Kuala Tabal) dan Pantai Geting serta Kawasan Perdagangan Bebas Cukai di Pekan Pengkalan Kubor. Kegiatan ekonomi utama penduduk dalam Daerah Pengkalan Kubor ialah Nelayan, Petani, Berniaga, Kakitangan Awam, kakitangan Swasta dan bekerja sendiri.
* MENU
SOSEJ STEAMBOAT
AISKRIM KELAPA
* LOKASI
Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor
Jln Tumpat, 16200 Tumpat, Kelantan
Terima kasih kerana menonton video-video di Channel SURR TV.
Hubungi SURR TV ditalian HP/WASAP 016-6633843 untuk review di tempat anda.
SURR TV merupakan channel yang membahas tentang makanan. Anda akan diberi info serta review tentang pelbagai jenis makanan, keunikannya, harga dan lokasi makanan tersebut boleh didapati. Channel ini juga bertujuan untuk mempromosi perniagaan peniaga-peniaga dan berkongsi pengalaman mereka bersama-sama kita semua. Channel ini berisi video yang sesuai untuk semua peringkat umur. Pastikan anda bergabung dengan SURR TV dengan cara subscribe.
Jangan lupa tonton video terbaru SURR TV yang akan diupload sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Like, comment, share dan subscribe channel ini agar dapat memberi manfaat kita bersama.
Semoga kita selalu sihat dan semakin sukses. Aamiin.
Ещё видео!