Gunung Jerai merupakan destinasi pelancongan tanah tinggi yang utama di mana disenaraikan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Negara sebagai tempat untuk pendakian. Ketinggian gunung ini ialah 1207 meter dengan suhu purata 19 hingga 24 celcius..
Berhampiran dengan kawasan peranginan ini terdapat tempat-tempat yang mempunyai mitos dan catatan sejarah seperti Perigi Tok Sheikh, Sejadah Tok Sheikh dan Batu Kapal. Disini juga terdapat denai hutan yang menghubungi ke kawasan Gunung Jerai Resort di puncak gunung dan denai menuju ke Rekreasi Titi Hayun.
Di pintu masuk utama pula terletak sebuah Muzium Perhutanan Negeri Kedah yang mempamerkan pelbagai khazanah dan maklumat perhutanan.
Ещё видео!