#BuletinBernama : Seorang pemilik kedai emas berdepan detik cemas apabila disamun lima lelaki bersenjatakan parang ketika berhenti untuk mengisi minyak kereta di sebuah stesen minyak di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu, lelaki berusia 50 tahun berkenaan yang menaiki Toyota Camry diserang lima lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Mitsubishi ASX dan Honda CRV.
Ещё видео!