Seorang lelaki direman seminggu bagi membantu siasatan kes seorang wanita warga emas yang ditemui mati dengan kesan jerutan dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Malaysia, Alor Setar, pada 25 Februari lalu.
Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Nor Azah Idris.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata, suspek berusia 44 tahun ini diberkas di Kuala Lumpur pada 28 Febuari lalu dan disiasat berhubung kes pecah rumah di Taman Golf, Alor Setar.
Ketika disoal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kejadian pembunuhan berkenaan.
25 Februari lalu , warga emas Kau Fu Eng, 71 tahun ditemui mati dengan leher mangsa dijerut menggunakan tali pinggang dan tuala.
Sejumlah barang kemas bernilai lebih RM10,000 turut hilang dipercayai dilarikan suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ещё видео!