Pesara guru rugi RM516,457 diperdaya Macau Scam..
[ Ссылка ]
PESARA guru wanita kerugian RM516,457 akibat diterpedaya dengan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Telekom Malaysia Berhad (TM) dan polis bermula Mac hingga 22 Mei lalu. Menyedari ditipu, mangsa berusia 61 tahun dari Kampung Berawan Batu 6, Jalan Kubong, Limbang, tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang, 12.30 tengah hari ini. Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pada mulanya mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa sebagai seorang pegawai TM Malaysia. Menurutnya, pegawai itu mendakwa talian telefon yang didaftarkan atas nama wanita akan dipotong kerana disyaki terbabit dengan kegiatan judi dalam talian bersama dengan seorang lelaki bernama Ong Kai Sing. "Mangsa kemudian disambungkan kepada seorang anggota Polis di Kuantan, Pahang bernama Sarjan Zulkifli Atot yang kononnya sudah membuat semakan dan mendapati pengadu ada menerima dana daripada CIMB Bank berjumlah RM ...
Ещё видео!