Keindahan puncak bukit, Iyerweng yang dipenuhi lautan kabus menjadi tarikan utama pada pelancong yang datang bercuti atau berkunjung ke Betong, Thailand.
Menariknya, lautan kabus itu mampu dilihat seawal jam 5.30 hingga 10 pagi tatkala menanti kehadiran sinaran mentari pagi dan uniknya puncak gunung ini menjadi tumpuan pelancong seawal jam 3 pagi lagi.
Rojak Daily Skop! berkesempatan mengunjungi puncak setinggi 2,085 meter dari paras laut itu meninggalkan satu kenangan yang cukup indah ketika bercuti di Betong, Thailand baru-baru ini.
Mungkin destinasi ini bukanlah sehebat kawasan pergunungan di negara yang mempunyai musim sejuk tetapi ia menjadi pilihan terbaik buat mereka yang mahu menikmati keindahan panorama alam semujadi.
Bagi mereka yang ingin melihat lautan kabus ini boleh memilih sama ada menaiki kenderaan pacuan empat roda ataupun motosikal. Cuma menaiki kereta agak mencabar sedikit kerana terpaksa menaiki bukit yang tinggi selain keadaan jalan yang tidak rata.
Menariknya di kawasan ini, mereka yang ingin bermalam di puncak bukit Iyerweng turut disediakan kawasan berkhemah yang mampu menampung antara 50 hingga 80 pengunjung pada satu-satu masa dengan kadar sewa yang cukup berpatutan termasuk menyewa khemah.
Penat mendaki bukit pasti akan hilang setelah sampai di puncak dan bergambar cantik di atas Sky Walk dengan berlatarbelakangkan kepulan kabus yang memutih yang memenuhi kawasan pergunungan itu dan Iyerweng juga telah diwartakan sebagai kawasan pelancongan.
follow fb : [ Ссылка ]
cara membuat taman mini depan rumah, aktiviti sukan, berkebun, menanam sayur-sayuran, menjaga taman mini, taman mini i-city, taman pesta lampu, pesta lampu kelip-kelip, travel ke pulau,travel bug, menjual pakaian, pakaian wanita, trip ke pulau, pulau perhentian,pulau redang, pulau lang tengah, pulau-pulau semenanjung malaysia, motor vlog, blogger, vlog ,#vlog, naz indah,nazindah aeon mall, jalan-jalan cari makan, jalan santai-santai, aktiviti hujung minggu, riadah hujung minggu, keluar bersama keluarga, makan-makan, travel ke thailand, video panas, video editor, mencari redha Allah,
Ещё видео!