Terapung enam jam sebelum diselamatkan..
[ Ссылка ]
Batu Pahat: Empat nelayan bergadai nyawa sebelum diselamatkan selepas terapung hampir enam jam apabila bot dinaiki mereka dilanggar sebuah kapal dagang di perairan Muar, di sini, semalam. Kejadian berlaku kira-kira 11 malam dan kesemua mangsa berusia 22 hingga 55 tahun berjaya ditemui sebelum diselamatkan pada 11 pagi tadi. Terdahulu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerima panggilan daripada Maritime Rescue Co-ordinating Centre (MRCC) memaklumkan kejadian terbabit. Pengarah APMM Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, berdasarkan maklumat diterima pada 9 pagi tadi, mangsa terjatuh kira-kira 6.8 batu nautika barat daya muara Sungai Batu Pahat. "Selepas menerima laporan berkenaan, sebuah bot dihantar ke lokasi bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ke atas mangsa. "Mereka berjaya ditemui pada 11 pagi tadi sebelum dibawa ke jeti APMM Batu Pahat, di sini, dan dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) bagi pemeriksaan kesihatan ...
Ещё видео!