Kawasan FELDA di seluruh negara antara kawasan pendalaman yang bakal mempunyai stesen minyak mini yang akan dibuka secara berperingkat-peringkat. Inisiatif yang dilaksanakan oleh syarikat pembekal minyak dan diesel, Smart Stream Resources Sdn Bhd (Smart Stream) itu turut mendapat kerjasama PETRONAS dalam menyediakan bekalan bahan api berkenaan. Pengarah Urusan Smart Stream, Mohd Khairuddin Saimon berkata, penambahan jumlah stesen minyak mini itu merupakan antara pelan jangka panjang syarikat terbabit dalam mengukuhkan lagi jenama Smart Stream dalam kalangan masyarakat luar bandar.
Ещё видео!