Individu yang dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan bakal dikenakan tindakan tegas polis, mulai Khamis.
Polis turut memberi amaran kepada penganjur bazar Ramadan supaya meningkatkan tahap pematuhan SOP kepada pengunjung atau bazar terbabit diarahkan ditutup.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata berdasarkan pemerhatian pihaknya sejak dua hari bazar Ramadan beroperasi, banyak SOP tidak dipatuhi terutama penjarakan fizikal.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, pada Khamis.
Beliau berkata, penganjur bazar Ramadan juga diingatkan lebih bertanggungjawab mengawal dan menyelia bazar anjuran mereka atau berdepan tindakan tegas bazar anjuran mereka ditutup.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news [ Ссылка ]
Please like [ Ссылка ]
Please follow [ Ссылка ]
And also our [ Ссылка ]
Ещё видео!