Harga sayur di negara ini turun selepas beberapa pasar basah dan borong di sini dan Singapura, terpaksa ditutup akibat jangkitan COVID-19.
Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee, berkata penutupan beberapa pasar basah dan borong dalam negara dan Singapura menyebabkan harga sayuran jatuh berikutan tidak dapat dipasarkan dan ketiadaan pembeli.
Katanya, harga sayur sejak bulan lalu merekodkan sedikit kenaikan berikutan kekurangan stok selain pekerja yang semakin berkurangan untuk mengusahakan ladang sayuran di negara ini.
Bagaimanapun sejak beberapa hari lalu harga sayur mulai turun berikutan beberapa pasar basah dan borong di dalam negara dan Singapura diarah tutup berikutan penularan COVID-19.
Isnin lalu, harga sayur di seluruh negara dilaporkan meningkat antara 20 sehingga 30 peratus sejak bulan lalu, berikutan keadaan cuaca hujan hampir setiap hari.
-------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di [ Ссылка ]
▪️ Telegram [ Ссылка ]
▪️ FB [ Ссылка ]
▪️ Twitter [ Ссылка ]
▪️ Instagram [ Ссылка ]
▪️ TikTok [ Ссылка ]
Ещё видео!