Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
4 sekawan:
1 batang kayu manis
1 sudu besar bunga lawang
1 sudu kecil bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan tumis:
7 ulas bawang putih (tumbuk)
2 biji bawang merah (tumbuk)
2 inci halia (tumbuk)
1 sudu besar cili boh
3 cawan air
1/4 cawan kicap manis
1/2 sudu besar asam jawa
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
1/2 keret nise kampung (gula melaka) [ikut citarasa nak manis atau tidak]
1 sudu kecil serbuk jintan manis
sedikit lada hitam
1-2 biji ubi kentang
1 batang lada merah
2 batang lada hijau
1 biji bawang besar
1 biji tomato
Cara-cara:
1. Tumiskan 4 sekawan, bahan tumis sehingga garing
2. Masukkan ayam dan air
3. Masukkan kicap, ikut citarasa
4. Masukkan asam jawa dan biarkan menggelegak seketika
5. Masukkan gula, garam, serbuk jintan manis, dan sedikit lada hitam
6. Masukkan ubi kentang dan masukkan lada merah, lada hijau dan biarkan sehingga separa masak. Kemudian masukkan bawang besar (xtermasuk dalam video)
7. Masukkan tomato dan biarkan ubi kentang dan ayam masak sempurna
*boleh masukkan ajinomoto ikut citarasa
Ещё видео!