Eh, bau apa ini? Semasa menggoreng, asap masakan pasti akan menyelubungi ruangan dapur. Tambahan pula kalau ruangan tersebut sangat sempit. Sudah tentu bertambah sesak nafas kalau berlama-lamaan di dalam dapur. Bagi penggemar ikan masin, ini menjadi salah satu perkara yang paling sukar untuk anda nyahkan baunya selepas menggoreng. Dengan mengeluarkan asap tebal akan menyebabkan baunya melekat pada ruangan dapur. Disinilah kegunaan penyedut asap dapur itu penting.
Penyedut asap, atau hood dapur, sememangnya sangat diperlukan untuk dapur rumah. Tahukah anda penyedut dapur ini membantu untuk menyedut udara ketika memasak bagi memastikan udara kekal bersih dan sihat. Bukan sahaja itu, malah penyedut ini juga bertujuan untuk mengurangkan haba panas ketika memasak. Berikut beberapa jenis penyedut asap yang mungkin sesuai untuk rumah anda.
Memastikan udara di rumah kekal berbau segar walaupun setelah memasak menjadikan satu kepentingan untuk para ibu. Electrolux hadir dengan rekaan penapis pelbagai lapisan untuk memastikan asap memasak dan udara panas dapat dihilangkan dengan lebih efektif. Selain itu, lapisan karbon yang terdapat pada penyedut ini memastikan dapur anda kekal berbau segar dan penggunaannya juga menjimatkan tenaga.
Dilengkapi dengan sistem sentuhan IQ touch memberikan anda pengendalian yang mudah dengan hanya kawalan sentuhan di hujung jari. Ianya penyedut asap yang direka dengan ciri moden dan sangat sesuai untuk dapur yang bersaiz besar.
Ещё видео!