TERKINI: ✅ Sumbangan Tunai Rahmah 2024 #Belanjawan2024 (live update)
📌 Pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60% daripada penduduk dewasa Malaysia
📌Peruntukan STR meningkat sebanyak 2 bilion ringgit atau 25% iaitu drpd RM 8 bilion kpd RM 10 bilion
📌 Kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700.
📌Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500
📌 Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM 500 akan disalurkan sebelum Ramadan.
📌 Manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang-barang asas di kedai runcit
📌 Permohonan baharu STR akan dibuka seawal November 2023 & permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding stahun sekali sebelum ini.
📌 Bayaran pertama sehingga RM500 akan dibuat pada Februari 2024
Akan dikemaskini di: [ Ссылка ]
✅ KWSP
📌 Had caruman padanan Kerajaan di bawah program i-Saraan KWSP ditingkatkan kpd RM500 setahun terhad kpd RM5,000 seumur hidup
📌 Bagi i-Suri KWSP pula ditingkatkan kpd RM300 setahun terhad kpd RM3,000 seumur hidup
📌 Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah akan diteruskan
dengan peruntukan 50 juta ringgit memanfaatkan lebih
400 ribu suri rumah wanita yang berdaftar di bawah eKasih
📌 Program i-Sayang KWSP akan diperluas untuk turut membolehkan isteri memindahkan 2% caruman KWSP syer pekerja kepada suami
📌 Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan
sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa
✅ PTPTN
📌 Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun
bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024 dengan kadar berikut:
1. Diskaun 10% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
2. Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50
peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran
3. Diskaun 15% untuk bayaran secara potongan gaji
atau debit terus berjadual
✅Yuran Pengajian IPT
📌Yuran bagi pendaftaran masuk ke Universiti Awam dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500
📌Tiada sekatan pendaftaran subjek bagi setiap semester bagi pelajar yang tidak mampu membayar yuran pengajian
✅ Sumbangan Khas Komuniti Islam
📌Kerajaan bersetuju utk memberikan sumbangan khas ditambah menjadi RM700 yg akan disalurkan terus kepada lebih 70 ribu guru takmir, guru KAFA, imam, bilal, siak, noja & marbut di peringkat komuniti
✅ Bonus Kakitangan Awam
📌 Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak:
📌 RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak
📌 RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform
📌 Bayaran Insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen
📌 Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anakanak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.
Senarai bantuan penuh: [ Ссылка ]
