Pada 5 Mei yang lalu telah berlangsung Program Jalinan Ukhuwah (JU) Menyantuni Masyarakat Orang Asli Kampung Tanjung Tuan, Mersing.
Program JU adalah salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Waqaf An-Nur dalam menyantuni masyarakat setempat serta mengagihkan manfaat wakaf yang kami uruskan.
Bersempena program kali ini, telah diadakan aktiviti Gotong Royong di Surau Kampung Orang Asli Tanjung Tuan, pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Bergerak Waqaf An-Nur, Gunting Rambut Percuma oleh Pusat Waqaf Komuniti dan pembukaan booth Waqaf An-Nur dan Dana Niaga.
Kami juga turut mengagihkan bantuan sebanyak 54 bakul makanan kepada mereka yang memerlukan serta menyumbang ke Tabung Pengimarah Surau.
Terima kasih kami ucapkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Penduduk Kampung Tanjung Tuan yang sudi menerima kunjungan kami.
Sampai berjumpa lagi.
Ещё видео!