Jumlah mangsa banjir di Terengganu yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, berkurangan daripada 804 orang pada sebelah pagi kepada 645 orang sehingga jam 2 petang 4 Januari.
Semua 645 mangsa daripada 169 keluarga itu membabitkan penduduk daerah Dungun dan Kemaman. Ia berkurangan daripada 804 mangsa daripada 205 keluarga yang dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan pada sebelah pagi.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata Kemaman masih merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 445 penduduk daripada 108 keluarga.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news [ Ссылка ]
Please like [ Ссылка ]
Please follow [ Ссылка ]
And also our [ Ссылка ]
Ещё видео!