MENU BULAN PUASA yang buat perut meronta ronta melihatnya ni kan🤭Tapi bila beli rasa tak sama dan tak menepati selera, so apa kata buat sendiri je, senang je pun haaa jangan lupa SAVE dan SHARE dulu resepi ni ya❤️❤️❤️
Cara Mudah Buat Kerabu Kaki Ayam Ala Thai | Buat Orang Ketagih‼️‼️‼️😩😋🤤
Bahan Bahannya :
1 kg kaki ayam direbus sehingga empuk dan dibuang tulangnya (Kak jm tinggal tulang jari sebab taknak terlalu lembik)
4 biji bawang merah dihiris nipis
3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
5 biji cili api dihiris kecil
1 kuntum bunga kantan dihiris halus
2 biji tomato dipotong kecil @ memanjang sesuai selera
Beberapa helai daun limau purut dihiris halus
Beberapa tangkai daun ketumbar dihiris halus
1 biji limau nipis diambil jusnya sahaja (boleh gantikan juga dengan air pati limau botol)
2 sudu besar gula merah (boleh juga gantikan dengan gula kabung thai)
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili @sos thai
Cara caranya :
1. Mula mula kita sediakan bahan untuk sos siramnya dulu ya.Masukkan sos cili, gula putih, sos ikan, gula merah dan air limau nipis ke dalam mangkuk kemudian kacau sehingga larut dan sebati semua bahan.
2. Di dalam bekas lain berisi kaki ayam tadi, masukkan bawang merah, bawang putih, tomato, cili api, bunga kantan, daun ketumbar dan daun limau purut.Kemudian masukkan pes @ kuah siram tadi dan gaul sebati.
3. Adjust rasa supaya seimbang rasa masam, masin, manis dan pedas sesuai selera.
Sedap sangat sangat tau.Selamat mencuba 😋👍👍👍
Link Full Video : [ Ссылка ]
#Kerabu
#KerabuKakiAyam
#KerabuKakiAyamThai
#KerabuKakiAyamAlaThai
#KerabuIkanBilis
#JomMasak
Ещё видео!