Pembayaran BPN 2.0 Fasa Pertama Bermula 26 Oktober. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media sebentar tadi memaklumkan bahawa bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional akan dibuat secara berperingkat mulai 26 Oktober ini.
Menurut menterinya, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, inisiatif BPN 2.0 yang secara keseluruhannya bernilai RM 7 bilion disalurkan melalui dua fasa pembayaran iaitu Oktober dan Januari 2021.
Bagi fasa pertama, pembayaran akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima BPN sedia ada daripada kategori isi rumah dan individu bujang secara berperingkat mulai 26 Oktober ini.
Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran secara tunai akan dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober sehingga 31 Disember.
Manakala penerima BPN di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan menerima bantuan pada tarikh yang sama seperti mana penerima di Semenanjung. Bagaimanapun, bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran tunai akan dibuat secara sekaligus bermula Januari 2021 dengan lokasi pembayaran akan diumumkan kelak.
Jika anda sebelum ini tidak mendapat BPN, anda boleh mengemukakan permohonan baharu bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020 di pautan BPN yang sama. Jika permohonan anda berstatus Tidak Lulus, anda boleh memohon sekali lagi. Jika permohonan anda berstatus Tiada Rekod, anda boleh memilih pilihan ‘Permohonan Baru’.
Perlu diingatkan bahawa pemohon baharu perlu menunggu sehingga Januari 2021 untuk bantuan ini.
#bpn2.0 #bantuanprihatinnasional #bpn #bsh
Pembayaran BPN 2.0 Fasa Pertama Bermula 26 Oktober
Теги
bpn 2.0bshbantuan prihatin nasional 2.0Tarikh bayaran BPN 2.0Tarikh Pembayaran BPN 2.0Permohonan baru BPN 2.0permohonan berstatus Tiada RekodBPN 2.0 isi rumahBPN 2.0 BujangJumlah Bayaran BPN .0 bujangjumlah bayaran BPN 2.0 Isi rumahbpn 2.0 bila dapatbpn 2.0 bujang semakanbpn 2.0 bujang syaratbpn 2.0 bujang b40bpn 2.0 bujang kemaskinibpn 2.0 cara memohonbpn 2.0 how to applybpn 2.0 kemaskinibpn 2.0 permohonan baru onlinebpn 2.0 payout