Bagi umrah kedua kami bermiqat di Hudaibiyah, luar sempadan tanah haram yang terletak antara laluan Makkah dan Jeddah. Kami singgah solat sunat ihram dan solat Asar di Masjid baru Hudaibiyah yang terletak bersebelah masjid lama.
Tapak masjid lama ini merupakan tempat termeterainya Perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah dan musyrikin Quraisy selepas terjadinya Baiat Ridhwan (ikrar taat setia) para sahabat apabila mendengar khabar angin tentang kematian Usman bin Affan tersebar. Saudara saudari boleh google untuk kisah yang lebih details.
Selesai solat di Hudaibiyah, kami singgah di Wadi Berkat Dato' Ibu. Ladang milik GISBH.
Di sini terdapat haiwan-haiwan yang pernah rapat dengan Rasulullah dan nabi lain berdasarkan kisah-kisah tertentu. Asyik sangat menikmati kuih muih Malaysia sampai saya lupa untuk rekod video kuda yang dikatakan keturunan kuda Rasulullah. Bagi anda yang ke Hudaibiyah nanti, jangan lupa singgah ke sini ya. Ada aktiviti memanah, menunggang kuda, unta dan keldai, atau memberi makan haiwan.
Ещё видео!