Salah satu kriteria sebelum kita nak beli emas adalah kebolehan untuk jual semula. Kalau dah senang nak beli, patutnya kena la senang nak jual semula kan?
Kalau leceh nak jual balik, penerimaan produk pun cerewet, manja. Bengkok tak boleh, calar tak boleh.. kalau syarikat ambil pun harga kurang banyak (spread besar) rugi la kita kan?
Umumnya, tempat terbaik jual semula emas ialah di tempat kita beli emas itu dahulu. Namun, setakat sekarang.. saya masih happy berurusan dengan Public Gold.
Senang dan tak cerewet, spread bila jual semula pun tak besar sangat.
Ещё видео!