JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan sindiket Ah Chuan selepas membongkar stor memproses serbuk ecstasy membabitkan rampasan dadah bernilai RM3.05 juta.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata sindiket yang aktif sejak setahun lalu itu menyewa kondominium berpagar dan menggunakan khidmat pengawal keselamatan untuk dijadikan stor.
Polis menahan 10 individu tempatan termasuk seorang wanita berusia 21 hingga 51 tahun dalam enam serbuan dalam operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor sekitar bandar raya antara Selasa lalu hingga semalam.
[ Ссылка ]
-----------------------
#BH #BHTV
www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian
Ещё видео!