Join "Membership" APHD Channel dan pilih "Exclusive video" untuk mendapatkan akses video eksklusif
JOIN NOW
► [ Ссылка ]
Anda juga boleh download Mobile Apps APHD Channel dan langgan "subscription" untuk mendapatkan dokumentari "Exclusive" , Tanpa Iklan dan Early Access
DOWNLOAD NOW
► [ Ссылка ]
_______________
Pesawat terakhir Boeing 747 telah siap dibina di kilang Boeing yang terletak di Everett, Washington pada December tahun lalu. Dengan tamatnya penghasilan pesawat terakhir ini, pesawat yang menerima nama jolokan Jumbo dan Ratu Angkasa ini, akhirnya tamat selepas 54 tahun. Atlas Air yang merupakan sebuah syarikat penerbangan kargo menjadi pelanggan terakhir pesawat Boeing 747-8.
Model pesawat ini juga adalah kapal terbang komersial paling panjang yang beroperasi sekarang. Sejak 1967, sebanyak 1,574 unit Boeing 747 telah dibina, dengan ia turut digunakan oleh Malaysia Airlines. Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah menyebabkan pesawat jenis gergasi, dihentikan operasi oleh syarikat penerbangan untuk mengurangkan kos operasi. Pesawat dua enjin seperti Boeing 787 Dreamliner dan Airbus A350, dilihat sebagai pilihan yang lebih baik.
Pada 2021, Airbus terlebih dahulu telah menamatkan pengeluaran pesawat dua tingkat mereka, iaitu A380 selepas gagal bersaing dengan pesawat jenis lain. Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa Boeing 747, telah memainkan peranan yang sangat signifikan dan penting dalam sejarah aeroangkasa.
Tetapi, seiring peredaran waktu, pelbagai jenis model pesawat yang lebih cekap dan mesra bahan bakar telah dikeluarkan, dan ini sekaligus mengurangkan kecekapan penggunaan pesawat jumbo.
Jadi, dalam video kali ini kita akan melihat kenapa pesawat jenis Boeing 747 ditamatkan dalam arena penerbangan dunia. Teruskan menonton.
Ещё видео!