Hasilkan hidangan lauk klasik Melayu, Ayam Masak Lemak Kuning dengan ringkas sekali! Untuk yang kurang berpengalaman di dapur, hidangan lauk Ayam Masak Lemak Kuning ini adalah antara menu masakan kampung yang *seriously* senang nak dimasak sendiri.
RESIPI PENUH
Bahan-bahan
- 2 biji bawang merah
- 1 inci halia
- 2 inci kunyit hidup
- 2 sudu besar minyak masak
- 6 ketul paha ayam (drumstick)
- 2 biji kentang (dipotong kiub sederhana)
- 300ml santan
- 1/2 cawan air
- 1 biji cili merah
- 2 asam gelugur keping
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
Cara
1. Kisarkan bawang merah, halia, dan kunyit hidup sehingga menjadi lumat.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisaran sehingga naik bau.
3. Masukkan ketulan ayam, kentang, santan dan air ke dalam periuk.
4. Masukkan cili merah, asam keping, serbuk kunyit dan garam. Renehkan selama 20 minit ataupun sehingga kentang sudahpun empuk.
5. Lauk klasik Ayam Masak Lemak Kuning sudahpun siap untuk dinikmati!
---
Muzik:
marmosetmusic.com
Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Chef - Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu
---
Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi lazat & ringkas di sini:
'Like' kami di Facebook: [ Ссылка ]
'Follow' kami di Instagram: [ Ссылка ]
Ещё видео!