"Panakod" bererti menyambut kedatangan satu rombongan (seperti kaum yang lain) dengan tujuan yang tertentu. Video ini d rakam dalam satu kampong kecil dmana puak atau etnik minoriti Dusun Tutong dari PSJD dengan anjuran bersama MPK kg Bukit Udal menyambut kedatangan rombongan pihak Sabah yang terdiri dari beberapa suku etnik Dusun Sabah serta etnik yang lainnya.
Di dalam rakaman video itu juga ada menayangkan bagaimana Dusun Brunei yang penuh dengan adat dan budaya asli menyambut ketibaan mereka semasa mula2 bertembung, kemudian diikuti dengan bunyi tembakan bedil meriam sebanyak dua kali, serta disambut oleh seorang lelaki yang gagah perkasa dengan gandang tarian Ancayau dari pihak tuan rumah.
Di dalam rumah pula mereka disambut denhan mesra dan dilayan oleh pihak tuan rumah dengan adat Dusun. Saksikan video pendek ini sehingga habis. Adat ' Panakod' ini telah wujud ratusan tahun dulu dan kini hampir pupus ditelan zaman. Saksikan dan nantikan sambungan video ini d masa akan datang.
Ini video bukan lah lakonan. Ianya dirakam secara langsung semasa ketibaan rombongan.
Ещё видео!