Amir lie -
05 June 2020
APA ADA KAT KEDAH? #2.
Kali ini saya dan rakan-rakan memilih untuk menawan gunung jerai. Gunung jerai antara gunung yang popular bagi para pelancong yang berkunjung ke negeri kedah. Ini kerana di puncak gunung jerai mempunyai beberapa shalet untuk para pelancong menginap dan menikmati pemandangan indah dari atas puncak gunung jerai.
Ini merupakan pengalaman pertama saya dan rakan-rakan menawan gunung jerai. Untuk menawan puncak gunung jerai ia mempunyai beberapa pilihan jalan@jalur pendakian. Saya dan rakan-rakan memilih tangga kenari atau tangga seribu yang terletak di titi hayun yan kedah.
Saya dan rakan-rakan memulakan pendakian jam 9am. Jalan@jalur pendakian bermula dengan manaiki tangga seribu (seribu anak tangga). Setelah melepasi tangga seribu bermula jalan@jalur yang lebih extreme. Disarankan untuk memakai stokin panjang sebab pacat agak banyak haha. Alhamdulillah dengan izin Allah saya dan rakan-rakan selamat smpai ke puncak gunung jerai pada jam 1pm.
Inn Syaa Allah, jika diberi kesempatan masa dan kesihatan saya akan berkongsi tempat-tempat menarik yang seterusnya di negeri kedah. Sama-sama kita support industri pelancongan negara kita bak kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri huhu. Ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang sudi meluangkan masa bersama. Jumpa lagi di video yang seterusnya. Assalamualaikum bye.... -AL-
#GunungJerai #ExploreKedah #ExploreMalaysia #SupportLocal #Hiking
Terima Kasih kerana menonton video ini.
SALAM EXPLORASI, SALAM LESTARI
Follow Instagram :
[ Ссылка ]
[ Ссылка ]
[ Ссылка ]
[ Ссылка ]
[ Ссылка ]
[ Ссылка ]
Ещё видео!