Dua banduan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan mereka dengan memukul sehingga cedera pada kepala dan badan.
Dua tertuduh, Adura Mustaffa, 39, dan Azizul Danial Muhammad, 35, mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara bersama-sama menyebabkan kematian Hamiddi Kamaruddin, 48, di sebuah bilik di Penjara Marang, Marang, jam 2 petang pada 21 Ogos lalu.
Mereka yang didakwa mengikut Seksyen Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 3 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
[ Ссылка ]
-------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di [ Ссылка ]
▪️ Telegram [ Ссылка ]
▪️ FB [ Ссылка ]
▪️ Twitter [ Ссылка ]
▪️ Instagram [ Ссылка ]
▪️ TikTok [ Ссылка ]
Ещё видео!