KUALA TERENGGANU, 1 MAC 2023, RABU– YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah merasmikan Program Jualan RAHMAH (PJR) peringkat Negeri Terengganu di Sabasun HyperRuncit, Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu.
Program Jualan RAHMAH (PJR) merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah inisiatif Payung RAHMAH.
PJR adalah kolaborasi bersama pemain industri sektor peruncitan seperti pasaraya dan hypermarket yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian di antara 10 sehingga 30 peratus lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat dan pada hari ini di Negeri Terengganu, PJR dilaksanakan dengan kerjasama Sabasun HyperRuncit.
PJR di Sabasun HyperRuncit dilaksanakan selama tiga bulan iaitu bermula pada 1 Mac sehingga 31 Mei 2023 secara serentak di kesemua lima buah cawangan Sabasun HyperRuncit iaitu Bukit Kecil, Kuala Terengganu; Wakaf Tembesu, Kuala Nerus; Bandar Ceneh Baru, Kemaman; Pusat Dagangan Ajil (ATC), Ajil; dan Bandar Baru Kijal, Kemaman.
Jualan ini melibatkan 253 item barangan secara berperingkat mengikut bulan termasuk biskut raya dengan logo Jualan RAHMAH. Antara barangan terpilih yang dijual melalui program ini adalah telur ayam, minyak masak, beras, sayuran, makanan kering dan pelbagai jenis barangan keperluan asas yang lain. Sempena perasmian PJR pada hari ini, Sabasun HyperRuncit menawarkan potongan harga (diskaun) sehingga 30 peratus bagi 227 barangan keperluan asas harian seperti ayam, telur, beras, minyak masak, dan lain-lain.
Turut hadir sama, YBhg Datin Roszanina Wahab-Timbalan Ketua Setiausaha PPP KPDN, YBhg Datuk Azman Adam-Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, YBhg Dato Rohaizi- Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN, YBrs En Saharuddin bin Mohd Kia-Pengarah KPDN Terengganu, Pengarah Kanan, Bahagian & Negeri KPDN, serta Pegawai Kanan Kementerian.
Ещё видео!