Ramai yang menganggap, bila tiada automoratorium, mereka yang terjejas pendapatannya akan menghadapi kesukaran menjelaskan bayaran bulanan pembiayaan masing-masing.
Sebenarnya, mereka masih boleh berbincang dengan institusi perbankan bagi mencari jalan penyelesaian. Menerusi Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar (BBPB), pelanggan terkesan daripada golongan B40, M40 dan Perusahaan Mikro layak mendapatkan bantuan ini.
Seperti yang dijelaskan Puan Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, semua pelanggan Agrobank boleh menghubungi pegawai Agrobank yang terlibat atau mengunjungi cawangan Agrobank terdekat untuk berbuat demikian.
Apa yang penting, berbincanglah dengan bank masing-masing supaya jalan penyelesaian terbaik dapat dicapai bersama.
Ещё видео!