PDRM hari ini memaklumkan telah menerima 5 laporan berkaitan kenyataan Ahli Parlimen Seputih Teresar Kok, berhubung sijil halal Jakim.
Sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengatakan, kenyataan dari Teresar Kok adalah bersifat peribadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengatakan, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 2 9 8 Kanun Keseksaan, Seksyen 5 0 5 b Kanun Keseksaan dan Seksyen, 2 3 3 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Prosedur operasi standard SOP siasatan babit 3R kaum, agama dan institusi raja, akan dijalankan setelah laporan polis diterima.
Semua saksi juga akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan, Oleh yang demikian PDRM memberi nasihat kepada rakyat Malaysia ,supaya tidak mengeluarkan kenyataan atau membalas kenyataan yang boleh mencetuskan kegentaran awam dan mengapi-apikan antara kaum.
Ia juga merupakan satu kesalahan yang termaktub di bawah Kanun Keseksaan iaitu kenyataan-kenyataan yang mendatangkan kianat awam.
Ещё видео!